Strategi pemulihan dan polisi ekonomi yang kukuh mampu memulihkan keyakinan pelabur asing untuk jalin kerjasama secara konsisten di Sarawak.<br /><br />Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain pelaburan syarikat perindustrian global, tiga institusi perbankan antarabangsa juga dijangka menyambung semula operasinya di negeri itu.
